下次再来哟!!
下次再来哟!!

Sunday, 11 December 2011

NOTA KATA ADJEKTIF

1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.

2. Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda, orang, tempat dan     sebagainya.

3. Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling, sangat,     sekali, sungguh,  dan terlalu.
   Contoh : Negeri yang terkecil di Malaysia ialah negeri Perlis.

4. Kata adjektif  juga disertai dengan kata bantu seperti masih, belum, dapat dan sebagainya.
    Contoh : Mesin basuh di rumahnya masih elok walaupun sudah 14 tahun digunakan.
.
5. Kata penguat dan kata bantu juga boleh hadir secara serentak.
    Contoh : Suara penyanyi itu sungguh merdu sekali.
6. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan kriteria makna yang      didukung oleh sesuatu kata adjektif.
    6.1  bentuk
    6.2  cara
    6.3  perasaan
    6.4  sifat keadaan
    6.5  ukuran
    6.6  warna
    6.7  waktu
    6.8  jarak
    6.9  pancaindera

No comments:

Post a Comment