下次再来哟!!
下次再来哟!!

Sunday, 11 December 2011

LEMBARAN SOALAN - Peribahasa

PERIBAHASA
   Pilih peribahasa yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris.


   1 Sebagai perajurit, saya lebih rela mati di medan perang daripada menyerah diri.
   A    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu
   B    Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri
      C    Biar putih tulang, jangan putih mata
      D    Alang-alang mandi biar basah

   2 Pasukan pantun itu muncul sebagai johan kembali setelah kekalahnya pada tahun lalu.
      A    Seperti sirih pulang ke gagang
      B    Seperti cincin dengan permata
      C    Seperti bulan di pagar bintang
      D    Seperti buku dengan ruas

   3 Fazli yang mereka cipta alat itu tetapi penyelianya pula yang mendapat pujian.
   A    Lain yang makan nangka, lain pula yang kena getahnya
      B    Siapa makan lada dia terasa pedasnya
      C    Ini hari orang, esok hari kita
      D    Lembu punya susu, sapi dapat nama

   4 Encik Lam amat berhati-hati ketika berurus dengan pembekal kerana dia pernah terpedaya oleh pembekal.
   A    Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
   B    Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
      C    Ayam terlepas, tangan berbau tahi
      D    Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu

   5 Mengapakah saya harus berasa takut? Apa yang saya katakan adalah benar.
   A    Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
      B    Siapa makan lada dia terasa pedasnya
      C    Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
      D    Berani kerana benar, takut kerana salah

6 Walaupun sudah bekerja sepuluh tahun, Talib tidak dapat membina kerjayanya kerana asyik bertukar pekerjaan.
      A    Belum duduk sudah bersandar
      B    Besar periuk besarlah keraknya
      C    Buang yang keruh ambil yang jernih
   D    Batu yang bergolek itu tidak lekat lumpur

7 Kassim dan abangnya bergaduh tentang pembahagian harta tetapi akhirnya mereka berbaik-baik semula.
      A    Hati hendak semua jadi
   B    Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
      C    Alah jadi abu, menang jadi arang
      D    Berani kerana benar, takut kerana salah

8 Puan Halimah berasa sangat dukacita apabila mengetahui anaknya terkorban dalam kebakaran itu.
      A    Seperti kaca terhempas ke batu
      B    Seperti anak ayam kehilangan ibu
      C    Seperti orang buta kehilangan tongkat
   D    Seperti halilintar memecah bumi

9 Kalau hendak mengajar anak tentang disiplin, biarlah diajarkan sejak dia kecil lagi.           
      A    Genggam bara api bair samapi jadi arang
      B    Melentur buluh biar daripada rebungnya
      C    Mencurahkan air ke daun keladi
   D    Mengajar itik berenang

10  Oleh sebab mereka datang dari kampung yang terpencil, mereka tercengang-cengang melihat pembangunan di Kuala Lumpur.
      A    Seperti cacing kepanasan
      B    Seperti kera mendapat bunga
      C    Seperi rusa masuk kampung
      D    Seperti ikan pulang ke lubuk

11  Pak Samad meminta Iwan menjaga dusunnya tetapi Iwan pula yang mencuri buah-buahan di dusun itu.
   A    Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu
   B    Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
   C    Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
      D    Harapkan pagar, pagar makan padi

12  Mohan terpikat oleh seniwati yang cantik dan berangan-angan hendak memperisterikannya.         
      A    Seperti kera mendapat bunga
      B    Seperti bumi dengan langit
      C    Seperti hujan jatuh ke pasir
      D    Seperti pungguk rindukan bulan

13  Ganesan memburukkan nama persatuannya tanpa menyedari namanya sendiri juga tercemar.
      A    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
      B    Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit
      C    Tepuk tangan sebelah takkan berbunyi
      D    Lembu punya susu, sapi dapat nama

14  Sui Lin memberitahu pihak lawan tentang strategi pasukan bola jaringnya.
      A    Tepuk dada tanya selera 
      B    Musuh dalam selimut
      C    Rosak badan kerana mulut
      D    Membuka pekung di dada

15  Walaupun Aida asalnya seorang pelajar yang lemah, berkat usaha gigihnya dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
      A    Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
      B    Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni
      C    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
      D    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Jawapan:
1  C  2  A  3  D  4  D  5  D  6  D  7  B  8  A
9  B  10  C  11  D  12  D  13  B  14  B  15  C

No comments:

Post a Comment